Khamis, 16 Jun 2011

THE ARRIVAL SERIES

Video-video ini merupakan hasil Abdullah K Hasheem bersama sahabat-sahabatnya untuk membongkar konspirasi-konspirasi yang telah dijalankan oleh Yahudi kepada manusia tanpa kita sedari. Video-video ini berasaskan kepada sumber sahih daripada Al-Quran dan Hadis.


THE ARRIVAL 00 :http://adf.ly/1oSNP
THE ARRIVAL 01 :http://adf.ly/1oSP5
THE ARRIVAL 02 :http://adf.ly/1oSnE

Lebih lanjut, dapatkan di sini:

http://adf.ly/1q2dX [THE ARRIVALS]

PEDIHNYA AZAB JAHANNAM

PETIKAN DARIPADA BAB 109 -PEDIHNYA AZAB JAHANAM

At-Thabrani, "Jibril datang kepada Nabi SAW pada waktu yang tidak biasa dia datang. Kemudian Nabi SAW berdiri menyambutnya seraya berkata: Wahai Jibril, belum pernah aku melihat engkau berubah rupa," Jibril berkata, " Aku datang setelah Allah memerintahkan aku mengintip Neraka," Nabi SAW bertanya, "Wahai Jibril ceritakan kepadaku tentang keadaan Neraka! Jibril menjawab, "Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan jahanam menyalakannya seribu tahun hingga menjadi putih. Lalu memerintahkan menyalakanya seribu tahun lagi hingga merah. Dan kemudian memerintahkan menyalakanyaseribu tahu lagi sehingga menjadi hitam pekat. Tak kelihatan lagi cahayanya dan tak terpadamkan lagi nyalanya. Demi Zat yangmengutusmu sebagai nabi dengan benar, kalau Jahanam itu dibuka sebesar lubang jarum, matilah seluruh penghuni bumi kerana kepanasan. Demi Zat yang mengutuskan dengan kebenaran, jika saja seorang penjaga Jahanam menjelma ke dunia, tentulah seluruh penghuninya akan mati kerana ngeri melihat rupanya yang amat buruk serta baunya yang busuk.Demi Zat yang mengutusmu dengan kebenaran, kalau sepotong rantai ahli Neraka yang telah dijelaskan Allah dalam kitabNya itu diletakkan di atas gunung,tentu akan lebur dan meleleh ke dasar bumi."

Demikianlah gambaran kedahsyatan Neraka yang dibawa oleh Jibril sehingga Jibril menangis kerana tidak mahu berakhir seperti Iblis. Nabi Muhammad SAW pun menangis .

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW berkata kepada Jibril:
"Aku tak pernah melihat Malaikat Malik itu tertawa." Jibril berkata, "Dia tak pernah tertawa sejak Neraka diciptakan."

Daripada Abu Ya'la, "Wahai sekalian manusia, menangislah! jika kamu tidak boleh menangis, maka buat-buatlah menangis. Sesungguhnya ahli Neraka itu menangis di Neraka sampai air mata mereka meleleh ke pipinya bagai anak sungai. Setelah airmatanya habis lalu mengalirlah darah sehingga melukai matanya."

Ahad, 12 Jun 2011


RM 180 setin
SUSU TERBAIK DUNIA


Tentunya susu Alpha Lipid. Memang aku ni agak sukar nak minum susu ni. Kalau susu lemak manis macam Teapot ke, F&N ke tak apelah jugak. Ni susu awal lembu. Mula-mula minum memang susah, satu gelas tu lama jugaklah nak habiskannya. Nak mulakan meneguk satu hal nak habiskan segelas satu hal lagi. R selalu marah padaku bila aku melambat-lambatkan minum susu tu. Selalunya dialah yg bancuhkan susu tu untukku. Kalau tidak aku pura-pura lupalah apa lagi. Tapi bila aku mengadu penyakit sendiku datang lagi, dia akan memulangkan paku buah keras. Kadang-kadang aku minta Hd anak yg bongsu berkongsi dgn ku . aku minum separuh dan dia minum separuh. Kadang2 dia lari tak nak bersekongkol dgnku kerana "nanti ayah tanya' katanya padaku.

Tapi setelah mengambil AlphaLipid lebihkurang 4 bulan, perubahan ketara berlaku pada diriku.
Sekarang aku sendiri yg bancuh susu untuk diri sendiri . Meminumnya pun tak sukar manapun, 3 teguk dah habis. yg paling penting tubuh badan rasa bertenaga dan sakit sendi beransur kurang. Kadang-kadang tak rasa sakitpun. R pun dah pandai minta aku bancuh susu untuknya.

Tiba-tiba KL dan Z mengadu susu mereka tak rasa apa, tawar hebe. Lepastu macam tepung jagung rupanya. Terkejut jugaklah. Tapi Nik Hafiz kata mungkin disebabkan perubahan cuaca.
Satu hari aku tanya Mira dan emaknya bagaimana rasa susu yg mereka minum. Ada tak rasa tawar. Jawapan mereka mengejutkan.... Selama ini mereka tak pernah rasa susu tu manis. Baru-baru ni tiba-tiba mereka dapat rasa susu tu manis. Pulak dah! Yang kami selama ni rasa susu tu manis. Sekarangpun kami masih rasa susu tu manis dan sedap!!!. Mungkin susupun pandai pilih tuan kot....

Dapatkan susu Alpha Lipid Lifeline untuk kesihatan tubuhbadan yg lebih baik.Berkhasiat, meningkatkan imunisasi badan dan memberi tenaga yg diperlukan. Colostrum Alpha Lipid adalah daripada Colostrum no 10 yang mana merupakan colostrum terbaik dari New Zealand! Khasiatnya telah terbukti. Insyaallah telah ramai mencuba dan berjaya mengatasi masalah mereka.

Dapatkan sekarang juga. Hubungi saya di tel no: 019-2467067 atau 019-6082112

RENUNGAN

Rezki, ajal dan maut di tangan Allah swt. Berdoa dan berushalah semoga kita sentiasa mendapat rahmatNya..

Sabtu, 4 Jun 2011

Jangan Bersedih....

Selalu kita berdoa...
Ya Allah, tetapkanlah hatiku pada iman,
tetapkanlah hatiku pada Islam...

Dan apabila datang ujian,
manusia hanya tahu mengeluh...

Seseorang pernah berpesan kepada saya,
apabila anda memohon agar iman dikuatkan,
maka bersedialah untuk menempuh ujian
kerana ujian yang akan menjadi penanda aras
keteguhan iman kita.

Oleh itu....jangan bersedih,
Kerana ujian adalah untuk hambanya yang bertakwa