Ahad, 31 Januari 2010

MASIH ADA YANG SAYANG

Dalam kehidupan seharian, sering kita temui kegagalan yang sering membawa kita kepada fenomena kerunsingan ,kesedihan dan keterujaan serta berputus harap untuk meneruskan kehidupan.

Fenomena negatif seperti yang disebutkan diatas lebih banyak membawa kesan negatif kepada perilaku insan yang dilanda kegagalan itu. Dimana pelbagai perlakuan yang merugikan diri sering dijadikan rujukan kepada timbal balik fenomena-fenomena yang dialami.

Dalam apa keadaan jua pun kita sebagai insan yang dijadikan Allah dimuka bumi ini masih beruntung selagi kita dapat menghirup nikmat udara dan nadi masih berdenyut untuk terus hidup. Dalam ertikata lain selagi kita masih hidup kita masih mempunyai ruang-ruang untuk memperbaiki apa jua musibah dan malapetaka yang menimpa ke atas diri kita. Asalkan kita
tidak cepat berputus asa sentiasa redha dan bersangka baik dengan Allah SWT Tuhan pencipta yang maha agung.

Setiap sesuatu kejadian yang berlaku ada sebab dan musababnya yang berlaku diluar pengetahuan kita. Sebaliknya jika kita menghitung perincian kepada kejadian-kejadian itu adalah disebabkan kurang bersukur dan lalai kepada pencipta.Ia merupakan satu `Break' dalam
kehidupan agar kelekaan itu berterusan menguasai diri.Ini satu ~'turn point' kearah kesedaran .
Peluang ini suatu manfaat besar bagi insan yang memahami - untuk memperbaiki diri dan keadaan.Asas dalam situasi ini adalah agama.Ini ukuran utama membenteras keadaan.Sesungguhnya dalam apa jua hal kehidupan kita mesti yakin bahawa Allah itu maha mengetahui dan maha luas Ilmunya diluar cakupan fikiran kita.


Keadaan ini akan membuat kita tersentak, menoleh ke belakang dan mencari arah puncanya .
Ada kalanya kita sesalkan diri sendiri,sebaliknya kadang kadang kita menyalahkan pada bahu orang lain.


Dalam apa jua situasi kita tidak boleh menyalahkan keadaan sebalik kita harus komited bahawa setiap sesuatu yang berlaku adalah hasil dari usaha usaha tangan kita .


Kesediaan kita menerima sesuatu fenomena itu dengan ikhlas merupakan satu petanda bahawa
kita sanggup menerima Qadha dan Qadha yang telah ditentukan oleh Allah SWT seperti yang termaktub dalam Rukun Iman .Memahami Qadha dan Qadar ini dengan keinsafan yang mendalam akan membawa diri kita sentiasa tunduk dan patuh dan sering muhasabah diri bahawa setiap apa yang berlaku adalah dari tangan -tangan kita sendiri.Kita hendaklah sentiasa merancang bahawa setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya.

Ikhlas dan redha itu adalah ruang bagi kita melahirkan kesysukuran dan merendahkan diri bahawa sebagai insan kita adalah makhluk yang lemah - sentiasa mengharap redha dan rahmat dari nya.

Allah telah berfirman dalam hadis Qudsi: Barangsiapa tidak rela dengan keputusanKu
dan tidak bersyukur pula dengan pemberianKu, hendaklah dia cari Tuhan selain Aku!

Dalam erikata yang lain dalam apa jua keadaan kita jangan melupakan bahawa Allah Maha Agung dan kepadanyalah kita mengadu>Mudahmudahan harapan dan doa yang dipanjatkan akan dimakbulkan>InsyAllah.- Sesungguhmya apabila kita mengingati Allah itu,Allah hampir kepada kita.- sayang kapada kita,sensungguhnya Allah -lah sebaikbaik tempat mengadu dan berharap pada nya.Mengharap pada manusia tidak kekal.

Firman Allah dalam surah Al Baqarah : 152bermaksud

"Maka ingatlah kamu kepada Ku, nescaya Aku ingat kepada kamu.........."


Diharapkan paparan kecil ini dapat kita manfaatkan - jangan lupa senjata ampuh orang mukmin
adalah doa dan munajat ,memelihra sembahyang 5 waktu dan sembahyang sunat.

PENGENALAN

Assalamualaikum wbt, dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Telah hampir sekian lama tidak berinteraksi di medan media, kini awal tahun 2010 ini menggamit saya untuk memulakan coretan-coretan yang sekian lama tersimpan di minda bagi memenuhi medan penulisan di era internet. Sebelum ini saya menulis di majalah, suratkhabar dan radio serta skrip filem.

Di era 2010 ini, penulisan ini akan berkisar di sekitar kehidupan, pengalaman yang ditempuhi yang mana boleh dikongsi bersama sebagai tatapan dan iktibar dalam menempuh kehidupan seharian.

PERINGATAN BAGI YANG LUPA

Tajuk ini diambil sempenan nama sebuah kitab dalam bahasa arab yang berjudul TANBIHUL GHAFILIN yang mana saya membelinya pada tahun 1996. Ia adalah karangan AbullaitsAssamarqandi atau nama sebenarnmya Nasher Bin Muhammad dari Samarkand

Saya amat mengkagumi kitab ini kerana ia merangkumi semua aspek diri dan kehidupan manusia dan ia amat memberikesan kepada diri saya dalam menelusuri kehidupan ini..

Rebah dan bangun dalam kehidupan adalah lumrah bagi insan dan saya tidak terkecuali daripadanya. Atas kesedaran ini saya mempunyai sentuhan rasa untuk berkongsi pengalaman kehidupan bersama para pembaca di luar sana.

Kejayaan dan kegagalan itu adalah terlalu universal.Kadang-kadang kita bermula dari kegagalan.Kegagalan juga membentuk jati diri yang mana pengukuhan secara tidak langsung akan membentuk diri kita lebih optismistik sekiranya kita melihat sesuatu itu secara bijaksana dan berhikmah. Tiada sesuatu berlaku pada diri kita adalah sesuatu yang buruk sekiranya kita menilai dan muhasabah diri. Dan sekiranya kita selalu merujuk kepada Ilahi sesuatu masalah, kesulitan, musibah ,kecelakaan maka kita akan sentiasa sedar bahawa dalam apa saja aspek kehidupan kita pasti selalu menghadapi perkara-perkara di atas,
jadi kesedaran dan keinsafan ini akan lebih mendekatkan kita ke hadrat penciptanya (ILAHI)
Lantaran itu kita hendaklah mendahulukan serta menyelesaikan urusan dengan Allah terlebih dahulu agar apa yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah.

Variasi kehidupan itu adalah manis sebenarnya sekiranya kita memahami hakikat kehidupan itu sebenarnya. Kerana setiap apa jua perlakuan, kehidupan, masalah dan peristiwa dalam kehidupan dunia ini kita mempunyai pelouang untuk memperbaiki walaupun dalam pengulangan seribu kali di dunia. Sebaliknya kegagalan kita bagib kehidupan akhirat tiada pengulangannya lagi. Persoalan ini sengaja saya lontarkan untuk diri saya dan untuk ahli keluarga saya dan berkongsi dengan pembaca agar kita saling mendapat manafaat darinya Insyaallah .

Untuk edisi kali ini saya mengharapkan agar kita mengingatkan diri kita untuk sentiasa bersyukur di atas nikmat yang kita perolehi selama kita hidup di dunia ini .Jadikanlah kehidupan hari ini sesuatu yang manis dan perlu diterima secara positif. sekian wassallam hingga bertemu ke edisi yang akan datang.