Rabu, 26 September 2012

Sudah agak lama tidak menulis oleh kerana kekangan waktu yang amat mencemburui saya.
Namun masih ada kesempatan yang diberi Allah swt untuk saya sampaikan sedikit peringatan untuk hari ini.

Seorang lelaki datang kepada Rasullullah saw seraya berkata " Aku ingin berjihad, namun aku tidak mampu".Rasullullah saw bertanya, "Ap salah seorang orang tua mu masih hidup?" Dia menjawab,
"Ibu ku masih hidup".Lalu Rasullullah saw bersabda, "Mohonlah kepada Allah untuk berbakti kepada nya.Jika engkau berbuat demikian maka sama dengan engkau berhaji, berumrah dan berjihad"

Demikianlah, berbakti kepada ibu bapa sangat besar maknanya dalam kehidupan Muslim. Sehingga ia disamakan dengan berjihad ke jalan Allah. Oleh itu marilah kita memanafaatkan masa yang kita masih ada dalam kehidupan ini untuk berbakti kepada orang tua kita. Hubungilah mereka selalu untuk bertanya khabar dan berikanlah mereka sesuatu yang dapat menggembirakan mereka.

Ibn Hibban merawikan hadis berbunyi seperti berikut:

"Keredhaan Allah itu bergantung kepada keredhaan kedua orang tua dan kemurkaan Allah juga
bergantung kepada kemarahan kedua orang tua."

Sebuah hadis lagi berbunyi:

"Orang tua itu adalah kunci pintu syurga. Peliharalah itu jika kamu mahu atau kamu tinggalkan saja"

Berbakti tidak semestinya sentiasa berdekatan dengan orang tua. Sekiranya kita tidak mampu untuk melakukan sesuatu yang lebih baik, memadai mendoakan yang baik-baik untuk kedua orang tua kita.