Assalamualaikum wbt, dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Telah hampir sekian lama tidak berinteraksi di medan media, kini awal tahun 2010 ini menggamit saya untuk memulakan coretan-coretan yang sekian lama tersimpan di minda bagi memenuhi medan penulisan di era internet. Sebelum ini saya menulis di majalah, suratkhabar dan radio serta skrip filem.
Di era 2010 ini, penulisan ini akan berkisar di sekitar kehidupan, pengalaman yang ditempuhi yang mana boleh dikongsi bersama sebagai tatapan dan iktibar dalam menempuh kehidupan seharian.
PERINGATAN BAGI YANG LUPA
Tajuk ini diambil sempenan nama sebuah kitab dalam bahasa arab yang berjudul TANBIHUL GHAFILIN yang mana saya membelinya pada tahun 1996. Ia adalah karangan AbullaitsAssamarqandi atau nama sebenarnmya Nasher Bin Muhammad dari Samarkand
Saya amat mengkagumi kitab ini kerana ia merangkumi semua aspek diri dan kehidupan manusia dan ia amat memberikesan kepada diri saya dalam menelusuri kehidupan ini..
Rebah dan bangun dalam kehidupan adalah lumrah bagi insan dan saya tidak terkecuali daripadanya. Atas kesedaran ini saya mempunyai sentuhan rasa untuk berkongsi pengalaman kehidupan bersama para pembaca di luar sana.
Kejayaan dan kegagalan itu adalah terlalu universal.Kadang-kadang kita bermula dari kegagalan.Kegagalan juga membentuk jati diri yang mana pengukuhan secara tidak langsung akan membentuk diri kita lebih optismistik sekiranya kita melihat sesuatu itu secara bijaksana dan berhikmah. Tiada sesuatu berlaku pada diri kita adalah sesuatu yang buruk sekiranya kita menilai dan muhasabah diri. Dan sekiranya kita selalu merujuk kepada Ilahi sesuatu masalah, kesulitan, musibah ,kecelakaan maka kita akan sentiasa sedar bahawa dalam apa saja aspek kehidupan kita pasti selalu menghadapi perkara-perkara di atas,
jadi kesedaran dan keinsafan ini akan lebih mendekatkan kita ke hadrat penciptanya (ILAHI)
Lantaran itu kita hendaklah mendahulukan serta menyelesaikan urusan dengan Allah terlebih dahulu agar apa yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah.
Variasi kehidupan itu adalah manis sebenarnya sekiranya kita memahami hakikat kehidupan itu sebenarnya. Kerana setiap apa jua perlakuan, kehidupan, masalah dan peristiwa dalam kehidupan dunia ini kita mempunyai pelouang untuk memperbaiki walaupun dalam pengulangan seribu kali di dunia. Sebaliknya kegagalan kita bagib kehidupan akhirat tiada pengulangannya lagi. Persoalan ini sengaja saya lontarkan untuk diri saya dan untuk ahli keluarga saya dan berkongsi dengan pembaca agar kita saling mendapat manafaat darinya Insyaallah .
Untuk edisi kali ini saya mengharapkan agar kita mengingatkan diri kita untuk sentiasa bersyukur di atas nikmat yang kita perolehi selama kita hidup di dunia ini .Jadikanlah kehidupan hari ini sesuatu yang manis dan perlu diterima secara positif. sekian wassallam hingga bertemu ke edisi yang akan datang.
Ahad, 31 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan